Khamis, 10 November 2011

ROTARY ENGINE

Sebelum kita belajar dengan lebih lanjut, mari kita lihat video mengenai RENESIS rotary engine.

Sekadar Berkongsi Pengalaman...


"At vero eos et accusamus et iusto odio dignissimos ducimus qui blanditiis praesentium voluptatum deleniti atque corrupti quos dolores et quas molestias excepturi sint occaecati cupiditate non provident, similique sunt in culpa qui officia deserunt mollitia animi, id est laborum et dolorum fuga. Et harum quidem rerum facilis est et expedita distinctio. Nam libero tempore, cum soluta nobis est eligendi optio cumque nihil impedit quo minus id quod maxime placeat facere possimus, omnis voluptas assumenda est, omnis dolor repellendus. Temporibus autem quibusdam et aut officiis debitis aut rerum necessitatibus saepe eveniet ut et voluptates repudiandae sint et molestiae non recusandae. Itaque earum rerum hic tenetur a sapiente delectus, ut aut reiciendis voluptatibus maiores alias consequatur aut perferendis doloribus asperiores repellat."

Mekanisme Pembakaran Dalaman

Animasi berikut menunjukkan bagaimana enjin pembakaran dalaman berfungsi. Ia menunjukkan empat jenis lejang yang terlibat dalam kitar empat lejang...

Dapat dilihat disini bahawa setiap lejang adalah berturutan iaitu masukan, mampatan, kuasa dan ekzos.

Tambahkan Pengetahuan Anda...

Ricardo 2/4SIGHT engine: switches between two stroke and four stroke cycles

Baru-baru ini, Ricardo Engineering Consultants ada menghasilkan enjin yang dapat menukar antara empat lejang dengan dua lejang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, klik link di bawah...

Ricardo 2/4SIGHT engine

ENJIN KITAR EMPAT LEJANG

Berikut merupakan jenis-jenis lejang yang terdapat dalam enjin kitar empat lejang;

  1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
  2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
  3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

Rajah 2: Kitar Enjin Empat Lejang

Pengenalan Kepada Enjin Pembakaran Dalaman

Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.

KOMPONEN UTAMA

Berikut merupakan komponen-komponen utama yang terdapat pada enjin kitar empat lejang.

Rajah 1: Komponen Utama